Sinopsis Heaven Official's Blessing

Lapan ratus tahun yang lalu, Xie Lian merupakan Putera Mahkota kerajaan Xian Le. Xie Lian sangat disayangi oleh rakyatnya disebabkan oleh perwatakannya dan naik ke syurga pada usia yang muda. Disebabkan keadaan yang tidak diingini, Xie Lian dibuang ke dunia manusia dengan serta merta. Beberapa tahun kemudian, dia naik ke syurga, hanya untuk diturunkan semula beberapa minit selepas itu.

Kini, Xie Lian naik ke Syurga untuk kali ketiga dan menjadi bahan ketawa di ketiga-tiga alam. Sewaktu tugas pertama Xie Lian sebagai dewa, dia bertemu dengan hantu misteri yang memerintah para hantu dan menggerunkan Syurga. Tanpa disedari oleh Xie Lian, raja hantu itu memberikan perhatian kepadanya sejak sekian lama.[6]

Terjemahan

Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Seven Seas Entertainment sebanyak lapan jilid dan diterbitkan pada 14 Disember 2021.[7].